Home Malaysian football Dua mantan pemain import Selangor dikaitkan dengan Sarawak United

Dua mantan pemain import Selangor dikaitkan dengan Sarawak United

Khabar persiapan Sarawak United kian hangat di media sosial dengan beberapa laman sosial melaporkan bahawa dua bekas bintang pemain import Selangor FA bakal menyarung jersi Sarawak United.

Menurut khabar tersebut Sandro da Silva, seorang pemain tengah berumur 37 tahun akan bersama – sama pemain pertahanan dariA Australia, Taylor Regan, untuk bermain bersama United.

Sandro yang lahir pada tahun 1983, dan berketinggian 1.76m, manakala Taylor pula lahir pada tahun 1988, dan berketinggian 1.87m.

Kedua – dua pemain ini dibawa masuk B Sathianathan ketika beliau menjadi ketua jurulatih pasukan Selangor FA dari 2019.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sekiranya khabar angin kedatangan kedua pemain import itu sahih.

Pemberita Zulhelmi Zainal Azam walaubagaimanapun seolah – olah mengesahkan khabar tersebut melalui ciapan di laman Twitter beliau.

Sekiranya benar kedua -dua pemain akan dibawa masuk, senarai nama pemain yang dibawa masuk oleh pasukan Sarawak United pada musim hadapan adalah cukup ampuh.

Ini termasuklah pengesahan kemasukan pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha ke pasukan tersebut pada penghujung Disember ini.

Dengan bilangan pasukan yang boleh layak ke Liga Super 2022 semakin sedikit pada saingan musim hadapan, dan senarai nama pemain ternama yang dibawa masuk Sarawak United untuk musim hadapan, peluang Sarawak United untuk melangkah ke liga bola sepak Malaysia yang tertinggi nampaknya mungkin akan akhirnya menjadi kenyataan.

 

RECOMENDED LINKS: