PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK TERKINI DI TELEGRAM MySARAWAK .

Sarawak United dan Selangor II masing – masing membawa satu mata pulang daripada perlawanan Liga Premier mereka yang berakhir petang tadi selepas kedua – dua pasukan terikat di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Sarawak United yang turun dengan rekaan jersi tebaharunya memulakan perlawanan dengan penuh hati – hati, sekaligus menyaksikan tiada serangana berbahaya dilancarkan pada babak pertama.

Promosi RM1

BELI JERSI ORIGINAL SARAWAK UNITED

Pasukan muda Selangor II hampir menjaringkan gol pada minit ke 43, namun rembatan Saravanan Thirumurugan sipi ke sebelah kanan pintu gol Sarawak United.

Sarawak United membalas serangan Selangor II dengan serangan mengejut dan hasilnya, penyerang sensasi Unche Agba mudah melepasi perangkap offside Selangor II, sebelum menolak masuk bola ke gawang Selangor II, untuk gol pertama perlawanan.

Sarawak United terus mengasak, namun satu lagi cubaan dari Christie Jayaseelan sipi ke sebelah kiri pintu gol Selangor II.

Bersambung babak kedua, Selangor II memperkemaskan lagi corak serangan mereka ke atas kubu Sarawak United.

Kekebalan barisan pertahanan Sarawak United akhirnya tewas kepada asakan Selangor United apabila sepakan penalti dianugerahkan kepada Selangor II pada minit ke – 48 apabila bola dipercayai telah terkena tangan salah seorang pemain Sarawak United.

Penyerang import George Tehtteh Atram, mudah menyempurnakan sepakan tersebut, sekaligus mengikat kedua – dua pasukan sekali lagi

Selangor II terus mengasak mencari gol tambahan namun rembatan Shazwan terkena kaki pemain Sarawak United, dan dibiarkan keluar ke kiri pintu gol Sarawak United oleh penjaga gol berpengalaman, Mohd Sharbinee Allawee.

Selangor terus mengusai hampir keseluruhan perlawanan dengan Sarawak United hanya melakukan cubaan – cubaan jarak jauh.

Lee Chang Hoong hampir meletakkan Sarawak United kembali di hadapan pada akhir babak kedua, namun sepakan percumanya ditolak keluar oleh Sikh Izhan untuk keputusan terus kekal seri.

Kedudukan seri 1 – 1 kekal sehingga akhir babak kedua, sekaligus memberikan kedua pasukan satu mata berharga.