Logo penaja kini dibenarkan di lengan kiri jersi kelab bola sepak yang bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL) .

Sebelum ini, lengan tersebut menempatkan logo EPL, namun kelonggaran telah diberikan bermula musim ini untuk membolehkan kelab-kelab yang bermain di EPL untuk meletak logo penaja mereka di lengan tersebut.

Seingga kini, sebanyak sepuluh kelab bola sepak EPL telah tampil dengan penaja tambahan pada jersi musim baharu mereka seperti yang disenaraikan dibawah:

Chelsea: Alliance Tyres
Crystal Palace: Dongqiudi
Huddersfield Town: Pure Business Group
Leicester City: Siam Commercial Bank
Liverpool: Western Union
Manchester City: Nexen Tire
Southampton: Virgin Media
Stoke City: Top Eleven
Swansea City: Barracuda Networks
Watford: 138.com

Kelab-kelab lain yang belum menyenaraikan penaja pada lengan kiri jersi mereka dijangka akan berbuat demikian tidak lama lagi ekoran sumber kewangan tambahan yang mampu dijanakan melalui kaedah pengiklanan tersebut. – sarawakcrocs.com

Comments

3 COMMENTS

  1. BOOST YOUR INCOME WITH EXECUTIVE SUGAR MUMMY/DADDY For Instant Hook Up , Agent Chloe will get you connected Via Whatsapp (+60182038747) ARE YOU SEEKING FOR A WEALTHY SUGAR MUMMY/DADDY ANYONE INTERESTED SHOULD CONTACT SUGAR MUMMY HOOKUP AGENCY IN MALAYSIA Whatsapp +60182038747

Comments are closed.