Kegagalan Sarawak United mengutip sebarang mata dalam perlawanan tempat sendiri di Stadium Hang Jebat malam tadi dilihat satu kerugian oleh Ketua Jurulatih pasukan tersebut, E. Elavarasan.

Elevarasan yang bercakap kepada media selepas perlawanan berkata bahawa PDRM FC telah bijak mempergunakan kekurangan pasukan Sarawak United dalam perlawanan tersebut.

Menurut jurulatih berpengalaman itu, kehilangan Sandro dan Lee di bahagian tengah amat ketara dan ianya menggantu rentak permainan Sarawak United.

“Kekurangan kita adalah di bahagian tengah, biasanya kita ada Sandro dan Lee di tengah. Tapi apabila dua pemain ini tak dapat diturunkan, banyak pemain terkesan.” jelas Elavarasan selepas perlawanan.

Selain itu, pengeluaran Taylor Reagen selepas cedera di minit ke- 30 juga memberi kesan kepada pasukan Sarawak United kata Elavarasan.

“Tambahan pula Taylor terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan, dan ini menyebabkan bahagian pertahanan kita jadi longgar, dan permainan pun berubah.” katanya lagi.

Biarpun demikian, Elavarasan turut memberi kredit kepada keupayaan PDRM yang bermain bersungguh – sungguh pada malam ituu, sehinggakan berjaya medapat mata penuh.

“Apabila PDRM sudah mendapat penalti dan mereka mendapat semangat dan mereka telah bermain dengan bersungguh- sungguh.

“Apabila anda mendahului satu gol komitmen mereka terhadap perlawanan sudah lain.” jelas Elavarasan.

Elavarasan juga mengatakan pasukan beliau tidak dapat mencari gol penyamaan pada babak kedua kerana pasukannya gagal menaikkan cara mereka bermain.

Sebaliknya, beliau berkata PDRM telah mengawal pemain serangan Sarawak United dengan baik, dan berjaya mengekang dua penyerang utama pasukannya.

“Kita pula tidak dapat meningkatkan perlawanan kita babak kedua apabila kita ketinggalan satu gol.

“Jadi perlawanan itu lebih berppihak kepada PDRM. Itu yang saya nampak.

“Saya rasa pertahanan PRDM fokus untuk mengawal kedua penyerang kita.

“Kita cuba untuk mengubahsuai posisi penyerang kita tetapi masih tak dapat.

“Kita cuma dapat peluang menjaringkan gol pada awal perlawanan. Saya rasa kawalan PDRM itu banyak.” jelas Elavarsan lagi.

Rekod tanpa kalah Sarawak Unitd malam tadi lebur apabila tewas kepada PDRM 2 – 0 di tempat sendiri.