LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Bekas ketua pasukan dan juga pemain import Sarawak United, Taylor Regan mengakui bahawa dirinya dan pemain – pemain lain tahu bahawa Sarawak United akan mempunyai masalah kewangan sejak awal tahun 2021.

Regan yang ditemuramah oleh Astro Arena, mendakwa bahawa penaja utama kepada kelab berkenaan telah menarik diri selepas beliau dan beberapa pemain lain ditandatangani oleh kelab tersebut.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

“12 bulan lalu saya telah menandatangani kontrak dua tahun untuk bersama Sarawak. Terdapat penaja utama yang akan menaja Sarawak United, namun penaja utama tersebut telah menarik diri.” kata Regan dalam temubual tersebut.

“Sememangnya kami tahu pada awal musim bahawa ianya akan menjadi sukar sedikit tanpa penaja utama, tanpa sokongan kewangan penaja. Kami tahu presiden pasukan akan terpaksa mencari penaja baharu.

“Malangnya, tajaan tersebut tidak kunjung tiba, dan walaupun ada wang disalurkan oleh kerajaan, duit itu tidak lama. Saya tidak boleh memberi komen tentang ini.

“Tetapi, untuk sebab yang saya tidak ketahui, kami (Sarawak United) mula mempunyai masalah kewangan pada awal tahun lagi.” ujar Regan.

Dalam perkembangan sama, Regan juga memaklumkan bahawa pemain dan barisan jurulatih Sarawak United telah bertindak meletakkan masalah besar itu di belakang mereka dan memberi fokus kepada kejayaan di atas padang.

Beliau walaubagaimanapun juga mendakwa bahawa ada pemain terus tidak menerima gaji sejak dari Julai lalu, sekaligus menyaksikan beliau membawa hal tersebut ke Perseketuan Bolasepak Dunia (FIFA).

“Pemain dan staf walaubagaimanapun bangkit dan mahu menjadi juara Liga Premier, dan kami kehilangan tahta liga pada perlawanan terakhir.

“Di Piala Malaysia, kami juga mahu memberikan yang terbaik, dan kami berjaya walaupun ada masalah besar.

“Dalam bulan – bulan sudah, kami telah dijanjikan gaji sehinggakan ada jurulatih masih belum dibayar sejak Jun, beberapa pemain tidak dibayar sejak Julai, dan beberapa pemain, seperti saya, belum dibayar sejak Ogos lalu.

“Sebagai satu pasukan, kami telah cuba memperjuangkan hal ini, tetapi bagi memastikan situasi ini didedahkan, saya telah membawa kes ini ke FIFA.” kata Regan lagi.

Dalam perkembangan sama, Regan juga mendakwa bahawa mereka telah dijanjikan gaji sekiranya menunjukkan prestasi yang baik.

“Ya, ianya mengecewakan. Ianya bukan hal peribadi. Duit ini dijanjikan oleh penaja utama, namun mereka telah menarik diri. Jadi duit tersebut terpaksa diperolehi dari seorang individu, dan itu bukan senang.

“Tapi kami dimaklumkan kami akan dibayar sekiranya kami memperolehi keputusan yang baik dan berjaya ke Liga Super, dan kami telah membuktikannya. Malangnya, duit itu tak pernah datang.” ulasnya lagi.

Masalah culas gaji di Sarawak United kembali diperkatakan selepas Regan mendakwa dirinya telah meninggalkan Sarawak United ekoran perkara tersebut.