Pasukan Persatuan Bolasepak Miri hari ini tersingkir daripada Pertandingan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) Kebangsaan selepas tewas 0-1 di Miri, dan tewas secara aggregat 1-2 secara keseluruhan kepada pelawat Batang Padang.
Sungguhpun beraksi cemerlang, pasukan Batang Padang berjaya menyumbat gol kemenangan pada minit ke-71 menerusi Nazmil.
Kekalahan Miri menyaksikan harapan negeri-negeri Borneo Malaysia diletakkan kini di atas bahu pasukan Kuching yang belum lagi memulakan kempen suku akhir mereka akibat bantahan pasukan Jeli terhadap pasukan Besut.
Selain Batang Padang, Padang Besar dan Temerloh juga turut melangkah ke peringkat Separuh Akhir LBR Kebangsaan selepas menumpaskan lawan masing-masing hari ini.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




[…] kini merupakan wakil tunggal pasukan dari Borneo Malaysia selepas Miri terkeluar dari saingan pada peringkat suku akhir baru-baru […]