Home Malaysian football Posa digesa letak jawatan dan menarik balik kenyataan berhubung Liga Malaysia

Posa digesa letak jawatan dan menarik balik kenyataan berhubung Liga Malaysia

Dato Posa Majais
Dato Posa Majais

Kelmarin, telah tular di laman sosial berkenaan beberapa nama besar bola sepak Sarawak mahukan Posa meletak jawatan.

Pada hari ini, berita berkenaan hal tersebut telah dijelaskan di dalam artikel akhbar Utusan Borneo.

Menurut artikel Utusan Borneo, Posa, yang juga merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) diminta meletak jawatan kerana kenyataannya yang mahu FAS menarik diri daripada Liga Malaysia pada tahun 2021.

Laporan media tersebut menyebut bahawa bekas Presiden FAS Waili Abang, sebagai berkata mahukan pemimpin FAS yang lebih berkemampuan dan berpengalaman menerajui persatuan tersebut.

Ini berikutan kesan besar yang akan berlaku sekiranya FAS menarik diri dari Liga Malaysia.

“Daripada menarik persatuan bola sepak negeri tidak bertanding dalam Liga Malaysia, kami merasakan beliau yang harus melepaskan jawatannya dan diganti dengan orang lain yang mempunyai pengalaman dan kemampuan untuk memimpin persatuan itu” kata Waili dalam sidang media semalam.

Turut menggesa Posa meletak jawatan adalah bekas pemain bola sepak Sarawak Subian Putit, yang mendedahkan bahawa FAS, di bawah kepimpinan Posa, mempunyai isu pembayaran gaji tertunggak kepada jurulatih asing mencecah RM500,000 dan sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau menyatakan bahawa era menunjuk nunjuk isu persada bola sepak negeri harus dihentikan, dengan fokus diberikan kepada mengembalikan era kemenangan dan era piala pasukan Sarawak.

“Kami ingin mengembalikan era kemenangan, era piala dan hiburan dan mengakihiri era menunjuk – nunjuk isu dalam persada bola sepak negeri” kata Subian pada majlis sama kelmarin.

Posa telah menjadi presiden FAS dengan menggantikan Datu Sudarsono Osman yang meletak jawatan selepas berjaya membantu membawa Sarawak memenangi Liga Premier pada tahun 2013.

RECOMENDED LINKS: