Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais, yang juga merupakan pengurus pasukan Bujang Senang bagi musim hadapan (2017) berkata bahawa masalah gaji pemain yang tertunggak musim ini bukan masalah mereka.

Posa difahamkan berkata demikian apabila ditemubual oleh pihak Shoot Sampe Bisak (SSB) baru-baru ini.

Menurut laman web SSB, Posa telah memaklumkan pihak SSB bahawa gaji pemain musim 2016 adalah tanggungjawab kepimpinan FAS musim 2016, dan oleh yang demikian mereka (kepimpinan FAS 2016) masih terikat untuk melunaskan baki yang tertunggak.

ssb2

Sebelum ini, pihak SarawakCrocs telah dimaklumkan oleh sumber kami bahawa pihak FAS belum menyelesaikan pembayaran gaji dan bonus pemain pasukan Bujang Senang bagi musim ini.

10 COMMENTS

  1. ish ish ish…jgn molah org giya pok oi..kelakar biar berutak sikit.mcm MAS juak bah, 28 kali pun tukar ceo hutang ya masih juak hutang MAS! jaga nama persatuan negeri pok.iboh merik malu org Sarawak..dah kedak kelantan fa sampey diembak org ngadap fifa teberak kau kelak..unless kau nok masok liga sambir kah liga k kah sikda org nok ngago kau..ya lah org sik mok nok main or ngurus team Sarawak..fas pun perangey lah nok kedak tok..semua manager ngeluar dolok kelak claim..semua pandey2 player dolok…nunggah org dtg pemilihan kakya pandey2 org ya lah dtg..kerja sik ikhlas nok mcm tok ya sik berkat..jgn jak nama kau kenak tunggah dlm stadium kelak!

  2. Zaman bola sepak profesional bukan saja bermaksud pihak pemain, pengurus dan persatuan yang profesional tapi pihak penonton juga profesional, iaitu akan menyokong untuk datang ke stadium walaupun pasukan kalah atau menang.

    Bila penyokong sentiasa datang ke stadium duit pun banyak masuk, ia akan membantu persatuan dalam aspek kewangan,membolehkan persatuan mendapat pemain yang bermutu.

Comments are closed.