11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Penyerang import sensasi Kedah pada 2014, Billy Mehmet kini sah milik Sarawak FA selepas sumber kami yang mengetahui perihal kontrak pemain mengesahkan beliau akan bersama Sarawak bagi musim 2015.

Menurut sumber tersebut, kontrak Billy telahpun dipersetujui dan bekas pemain Kedah FA itu bakal tiba di Kuching seawal Jumaat ini. Billy sebelum ini, dikatakan hampir pasti menandatangani kontrak bersama Sarawak dan informasi terbaru yang kami perolehi dari sumber terbaik kami telah berjaya mengesahkan berita besar ini.

SHOPEE

Selain menegaskan bahawa Billy akan bersama Sarawak, sumber sama turut menyebut bahawa penyerang Muamer Salibasic kini hanya menanti tawaran dari pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) untuk menamatkan kontrak beliau.

Menurut sumber tersebut, Muamer yang cedera, sememangnya sudah lama bersedia untuk kembali ke Bosnia selepas musim 2014 tamat, namun berlaku masalah di dalam penamatan kontrak penyerang tersebut.

Tambah sumber kami, FAS dikatakan tidak mahu mengikuti kontrak penamatan asal yang ditandatangani, dan ini telah menyebabkan proses penamatan kontrak dua tahun Muamer bertambah rumit.

Sumber sama turut menyebut bahawa selagi Muamer masih lagi terikat dengan kontrak bersama FAS, beliau perlu hadir ke sesi latihan Sarawak.

Jika FAS gagal menamatkan kontrak Muamer secara baik dalam masa terdekat, ianya mungkin akan menyebabkan FAS tidak dapat menandatangani tambahan pemain import bagi tahun 2015, dan jika benar FAS enggan menamatkan kontrak Muamer seperti yang dipersetujui, ianya mungkin akan menyebabkan Sarawak diheret terus ke perhatian badan induk bolasepak dunia, FIFA.

2 COMMENTS

Comments are closed.