Pihak Pusat Pembangunan Bola Sepak Majlis Sukan Negeri Sarawak Miri bakal mengadakan pemilihan terbuka untuk skuad projek SUKMA 2020 dan skuad Pembangunan Bola Sepak MSNS Miri.

Pemilihan tersebut hanya terbuka untuk semua pemain yang lahir pada tahun 1999 dan keatas sahaja.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Sesi pemilihan tersebut akan diadakan dalam dua sesi seperti berikut.

Sesi Pertama
Tarikh : 04 November 2018
Masa : 07.30 am – 11.30 am
Tempat : Stadium Miri

Sesi Kedua
Tarikh : 04 November 2018
Masa : 02.30 pm – 6.00 pm
Tempat : Stadium Miri

Individu yang berminat boleh memberikan nama penuh, nombor MyKad dan nama sekolah kepada nombor telefon yang tertera seperti berikut: 013-5745102 / 011-25141230

Pemain juga diingatkan untuk membawa peralatan bolasepak sendiri seperti kasut, stokin dan shin pad dan minuman sendiri.

6 COMMENTS

  1. Good preparation..better open selection drpd pmilihn hnya mggunakan skuad belia or presiden..akan ke bintulu,sibu dn last kuching lpas ni utk scouting player..

Comments are closed.