Home Malaysian football Pemain anak Sarawak kekal pilihan utama penjaga gol Sarawak United

Pemain anak Sarawak kekal pilihan utama penjaga gol Sarawak United

Pemain kelahiran anak Sarawak dikatakan masih menjadi pilihan utama untuk menjadi penjaga gawang pasukan Kelab Bolasepak Sarawak United.

Mengikut sumber kami yang rapat dengan Visnu, yang juga merupakan wakil dari B Sathianathan, biarpun Visnu Ruben bakal menyertai Sarawak United, beliau tidak akan mendapat tempat sebagai penjaga gol utama kelab tersebut memandangkan dua pemain lain, Shaiful Wazizi, dan Aquila Abdul Rhaman merupakan penjaga gol yang tersenarai bagi kelab tersebut musim hadapan.

Seorang lagi penjaga gol Muhamad Nur Haziq, tidak berapa dikenali, tetapi beliau juga akan diserap ke pasukan Sarawak United.

Dalam pada itu, kemasukan Visnu adalah lebih kepada memantapkan kebolehan beliau dengan beliau diberi latihan oleh jurulatih penjaga gol berpengalaman, P Mohana Sundram.

Adalah difahamkan bahawa prestasi penjaga gol Sarawak United pada musim lepas dilihat agak baik dan pihak pengurusan Sarawak United dikhabarkan tidak merasakan perlunya penggantian penjaga gol buat masa ini.

Visnu telah beberapa hari ini melahirkan kegembiraan beliau berjaya mendapat tempat di Sarawak.

Sungguhpun demikian, kini adalah dijelaskan bahawa Visnu bukan penjaga gol Sarawak United, dan beliau hanya dibawa masuk bagi mengembangkan potensi sedia ada di bawah kendalian jurulatih penjaga gol yang berpengalaman.

Walau apa pun, kehadiran Visnu, yang mempunyai pengalaman bermain bola sepak di peringkat Liga M3 dan Liga Premier, sudah pasti akan memastikan penjaga gol sedia ada dalam pasukan Sarawak United berlatih dengan lebih giat agak mereka tidak kehilangan kedudukan dalam pasukan utama.

RECOMENDED LINKS: