11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bola sepak Kuching City mengakhiri kempen Liga Malaysianya dengan keputusan seri menentang pasukan Liga Super, Terengganu.

Dalam perlawanan tersebut, kedua – dua pasukan hanya bermain untuk melengkapkan jadual perlawanan kerana Kuching City sudahpun tersingkir dari saingan Piala Malaysia dengan Terengganu layak ke peringkat suku akhir.

SHOPEE

Gol pembukaan perlawanan dijaringkan oleh Muhammad Rahmat seawal minit ke-19, manakala Kuching City menyamakan kedudukan pada minit ke-46 melalui pemain import Yuta Suzuki.

>> KETAHUI PROMOSI SHOPEE TERKINI UNTUK HARI INI

Selepas perlawanan ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain menyatakan bahawa beliau menurunkan pemain barisan kedua dalam perlawanan tersebut.

Beliau mengakui bahawa pemain kebanyakkannya terdiri daripada pemain muda, dan beliau berpuas hati dengan rekod positif pasukan bimbingannya setakat ini.

“Rekod yang positif sebab kita belum tewas. Ini adalah pendedahan yang baik kepada pemain dan ini adalah barisan pemain muda yang jarang kami turunkan bermain.” kata Nafuzi selepas perlawanan.