11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Isu tunggakan gaji di kem kelab bola sepak Sarawak United kini telah disahkan oleh peguam yang mewakili pemain kelab tersebut.

Menurut laporan BH Sukan, peguam yang mewakili dua tonggak utama Sarawak United, Zhafri Aminurashid, telah mengesahkan masalah tersebut dan pihaknya telah mengemukakan mengemukakan surat tuntutan berhubung tunggakan gaji selama dua bulan setengah kepada pengurusan pasukan Sarawak United.

SHOPEE

Zhafri dilaporkan akhbar BH Sukan sebagai menjelaskan bahawa kelab tersebut kini diberi peluang menyelesaikan tunggakan berjumlah ratusan ribu itu sebelum Jumaat ini (22 Oktober 2021).

Malah, masalah tersebut kini bukan sahaja dikhabarkan berkaitan gaji pemain sahaja, tetapi juga melibatkan perlindungan insurans pemain terbabit.

Jika Sarawak United gagal melaksanakan masalah gaji dan insurans yang didakwa sedang berlaku, Zhafri membayangkan bahawa kes tersebut mungkin akan dibawa ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Jika ini berlaku, pemain juga mungkin akan membatalkan kontrak mereka.

// DAPATKAN BAJU POLO SUFC DENGAN DISKAUN

“Sebelum ini kita sudah kemukakan surat tuntutan tetapi mereka berjaya menyelesaikan tunggakan dalam tempoh masa yang diberikan. Tetapi kali ini bukan sahaja membabitkan isu gaji tetapi juga isu insurans kepada pemain sebagai pemain profesional.” kata Zhafri dalam artikel BH Sukan yang kami baca.

“Kita tidak mendapat pengesahan mengenai polisi insurans bagi melindungi kebajikan pemain. Kita bimbang kalau pemain turun beraksi tanpa insurans.

“Jadi, sebab itulah surat tuntutan dihantar supaya perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Jika ia gagal diselesaikan mengikut tarikh terbabit, mungkin pemain akan mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak dan memanjangkan kes ke FIFA.

“Tidak mustahil juga kalau ada beberapa lagi pemain akan mengambil langkah sama selepas ini,” kata Zhafri lagi.

Biarpun nama pemain yang terlibat tidak didedahkan dalam laporan tersebut, carian di internet menunjukkan Zhafri pernah mewakili Sandro da Silva Mendonça.

Malahan, ini merupakan kali kedua isu berkaitan gaji tertunggak telah diungkit oleh Zhafri yang sebelum ini juga pernah membuat ulasan berkaitan perkara sama bagi pihak Sandro.

Jika Sarawak United gagal menyelesaikan masalah ini segera, kelab tersebut juga berdepan penggantungan lesen bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ini adalah berdasarkan peraturan pertandingan Liga Malaysia yang mana akan mensyaratkan First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab meneliti status kewangan semua pasukan musim ini sebelum badan itu mengeluarkan lesen kebangsaan kepada mana-mana pasukan untuk bersaing pada musim depan.

Walau-apapun, diharapkan bahawa isu pembayaran gaji ini akan segera diselesaikan kerana ianya sepatutnya tidak lagi berlaku bagi kelab bola sepak profesional.