11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bola sepak Sarawak United tewas perlawanan terakhir mereka dalam Kumpulan A TM Piala Malaysia malam tadi.

Dalam perlawanan itu, Sarawak United, yang kini sudahpun layak ke peringkat suku akhir TM Piala Malaysia, membuka jaringan dengan gol pada minit ke-tujuh melalui Christie Jayaseelan.

SHOPEE

Gol pendahuluan tersebut walaubagaimanapun tidak bertahan apabila Muhammad Jaf menyamakan kedudukan bagi pasukan pelawat lima mint kemudian, sebelum Muhammad Amer menjaringkan gol kemenangan Penang sebelum waktu rehat.

Selepas perlawanan, ketua jurulatih Penang, Thomas Thruca berpendapat pasukannya bermula dengan baik, namun telah bolos gol awal.

Beliau walaubagaimanapun gembira pasukannay berjaya menjaringkan dua gol sebelum babak pertama berakhir.

“Saya rasa kita bermula dengan baik dan kita meneruskan rentak baik seperti menentang Kuala Lumpur. Malangnya kita bolos dahulu, tetapi kita berjaya menjaringkan dua gol sebelum babak kedua bermula. Satunya satu motivasi kepada pemain.” kata Thomas selepas perlawanan.

Thomas juga enggan mengatakan pasukan bimbingannya lebih baik dari Sarawak United, dan berpendapat mereka bernasib baik berjaya menang.

“Saya juga tidak mahu mengatakan pasukan saya lebih baik dari Sarawak, tetapi kita bernasib baik”. jelasnya lagi.