Dua pasukan Liga Malaysia, Kuching FA dan Kelab Bolasepak Sarawak United melahirkan kesanggupan untuk berkampung di Malaya (Semenanjung Malaysia) untuk baki saingan Liga Malaysia yang dijadualkan bermula pada 16 Ogos kelak.

Lokasi utama untuk ‘berkampung’ adalah di sekitar Lembah Kelang.

Menurut setiausaha kedua – dua pasukan, situasi Covid-19 menjadi punca utama mereka merasakan tindakan tersebut adalah wajar,

Setiausaha Kuching FA, Iswandi Ali Hassan berkata penularan wabak COVID-19 memberi kesan kepada perjalanan saingan Liga Malaysia yang akan bersambung pada 26 Ogos ini.

Kome beliau hadir selepas lima pemain Kuching FA disahkan menghidap wabak COVID-19 dari Kluster Sentosa baru – baru ini.

“Kuching FA melihat cadangan menempatkan ketiga-tiga pasukan ini di Semenanjung ini sebagai sesuatu yang positif khasnya bagi memastikan perjalanan liga berjalan lancar semula,” katanya kepada Sinar Harian.

“Cumanya Kuching FA berharap cadangan ini dapat dilaksanakan segera oleh MFL kerana prosedur operasi standard (SOP) kerajaan Sarawak sentiasa berubah berdasarkan situasi semasa COVID-19 di negeri ini.

“Sekiranya kes COVID-19 mencatatkan peningkatan ketika aksi baru berlangsung satu dua perlawanan, ia tidak hanya memberi kesan kepada tuan rumah tetapi juga pasukan pelawat khasnya dari aspek motivasi dan tumpuan terhadap perlawanan.”

Iswandi juga menjelaskan bahawa emain pasukan Kuching FA masih was – was untuk menyambung latihan selepas dilanda wabak COVID-19.

“Pemain sebenarnya masih lagi dalam keadaan fobia untuk memulakan latihan kembali dalam masa terdekat walaupun tempoh kuarantin akan berakhir tidak lama lagi susulan dengan apa yang berlaku sebelum ini

“Kita berdoa semoga hasil keputusan ujian calitan kedua pemain, jurulatih dan pegawai Kuching FA negatif, namun sekira sebaliknya berlaku kita kena fikir pilihan lain yang terbaik demi keselamatan dan kesihatan semua pihak.”

Dalam perkembangan sama, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Jefry Lana juga bersetuju jika pesukan Sarawak United yang kini dimiliki Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) berkampung di Malaya.

Beliau dipetik sebagai berkata “Ini perlu dilihat secara jangka panjang dalam aspek kualiti permainan yang akan dipamerkan pasukan kerana liga bersambung untuk beberapa bulan selain memastikan saingan liga kembali berjalan lancar.

“Sarawak United memang menyokong cadangan ini, namun pada masa sama FAM atau MFL perlu bagi bantuan subsidi dari segi kewangan untuk mengurangkan beban kos operasi kewangan ketiga-tiga pasukan ini.”