Denda penolakan tiga mata ke atas pasukan Kelantan FA membawa kebaikan kepada kelab bolasepak Sarawak United apabila pasukan yang bertapak di Kuching itu berjaya naik satu anak tangga di dalam Liga Premier hari ini.

Dalam jadual Liga Premier yang dikongsikan oleh Malaysia Football League (MFL), Kelantan FA telah jatuh ke tangga ke-10 Liga Premier, degan jumlah terkumpul satu mata.

Ini sekaligus menyaksikan Sarawak United melonjak naik ke tangga ke lapan liga dengan bekalan tiga mata hasil kutipan dari empat perlawanan terdahulu sebelum penangguhan liga ekoran Perintak Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

Turut meningkat naik di dalam kedudukan Liga Premier adalah pasukan Negeri Sembilan FA yang maik ke anak tangga kesembilan liga.

Sungguhpun kedua – dua Sarawak United dan Negeri Sembilan kini berjaya memintas Kelantan FA di dalam kedudukan terkini liga, namun Kelantan mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding kedua – dua pasukan.

Penolakan tiga mata keatas Kelantan FA diakibatkan kegagalan pasukan tersebut menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain mereka, seperti yang dijanjikan diantara pihak Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dengan Persatuan Bolasepak Malaysai (FAM).

Satu lagi pasukan dari Sarawak, yakni Kuching FA, tidak dipengaruhi oleh penolakan mata ke atas Kelantan FA dan kekal di tangga ke-11 Liga Premier.