Padang Stadium Negeri yang dilihat lecak dan kurang memuaskan beberapa minggu lalu akhirnya mendapat nafas baharu apabila kerja-kerja baik pulih dijalankan oleh Perbadanan Sukan Sarawak (PSS).
Daripada pemerhatian kami, rumput stadium yang dilihat kurang elok telah dicangkul keluar dan diganti dengan rumput baharu bagi memastikan ianya di dalam keadaan sempurna menjelang perlawanan pertama Liga Premier pada 2 Februari kelak.
Adalah difahamkan rumput yang ditanam adalah rumput sama seperti rumput asal, yakni jenis ‘cow grass’.
Juga, tidak semua rumput Stadium Negeri diganti, dan cuma bahagian tertentu sahaja.
Dalam perkembangan sama, pihak kami juga tidak mendapat apa-apa perkhabaran berkenaan baik pulih lampu limpah stadium yang dilaporkan rosak dan tidak dapat memenuhi keperluan pencahayaan Liga Malaysia.




