Lebih banyak khabar berita didengari oleh SarawakCrocs baru-baru ini, dengan satu lagi perkhabaran positif membabitkan Stadium Negeri Sarawak.

Menurut pemahaman SarawakCrocs, penasihat Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Hanifah Taib telah mencadangkan Stadium Negeri diberi nafas baharu. SarawakCrocs difahamkan kerja-kerja tersebut turut membabitkan kerja mengecat, dengan perubahan dari segi kelengkapan diubah suai bagi memenuhi keperluan pasukan bolasepak Sarawak.

Hanifah yang juga disebut sebagai bakal Presiden FAS yang baru turut dikatakan berkemungkinan akan membawa banyak perubahan kepada cara pasukan Sarawak diuruskan, selaras dengan penswastaan pasukan kepada sebuat kelab bolasepak professional.

Sebelum ini, pihak FAS dilihat sukar membuat perubahan kepada Stadium Negeri kerana ianya dibawah jagaan Perbadanan Stadium Negeri.

Keadaan ini menyaksikan FAS terpaksa merayu kepada pihak bertanggungjawab untuk membaik pulih kemudahan di stadium tersebut, termasuk mengeluarkan dana sendiri bagi menempatkan kemudahan yang ingin mereka adakan.

Sungguhpun demikian, dengan ura-ura FAS akan mengambil alih Stadium Negeri, perubahan yang dicadangkan oleh Hanifah dijangka boleh dilakukan dengan mudah kali ini.

47 COMMENTS

  1. Ada org sarawak kita komen camtok klak:::
    “Apa guna stadium jak kacak mun main cam taik”…hahahaha biasa ya org sarawak kita ng cmya..suka berguro

  2. Mun bena , alhamdulillah.. Tapi kalau maok tahap bola sepak ngap sayot tok terus mju mcm cdak JDT .. Ada bagus nya mun Sarawak tok bekerjasama dgn JDT utk memartabatkan bola sepak dikpun .. Kita boleh blajar dri cdak nya.. N sesiapa yg bakal jdi prsiden baru klk, boleh bkrjsama n TMJ ..kita perlu bljr byk benda sbb kta terlalu jauh ketinggalan .. sama ada dri segi pengurusan,nak molah stadium,pasukan atau pun kebajikan pemain juak.. Bruk kita steady juak ..huhu

  3. Tukar main kat Stadium Sarawak…takdelah basah bila hari hujan…kalau nak main kat stadium negeri, pasanglah bumbung dan yg grandstand kat tengah2 di antara pintu A dan B tu robohlah, biar penonton boleh duduk di tengah2. Bila tengok siaran langsung kat stadium negeri yg melibatkan team Sarawak, sakit mata tengok. Kiri kanan, penuh penyokong tp ditengah2 nampak kosong…mana ada stadium kat Malaysia mcm tu

Comments are closed.