Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak, Dato Posa Majais semalam menyampaikan pas-pas korporat kepada penaja utama pasukan Sarawak musim ini, Sarawak Energy.

Penyampaian pas pas korporat ini dilakukan sebagai tanda penghargaan kepada penaja utama, Sarawak Energy atas sokongan menaja pasukan Sarawak untuk tahun yang keempat.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Dalam sesi yang sama, Presiden FAS Dato Posa Majais turut menyampaikan jersi peribadi Sarawak FA kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Encik Sharbini Suhaili.

Kumpulan Sarawak Energy telah menjadi penaja utama pasukan Sarawak sejak tahun 2014. Pada tahun 2016, Sarawak Energy telah pakaian latihan untuk Sarawak.