​Pelancaran jersi pasukan Bujang Senang pada Khamis lalu menyaksikan syarikat tenaga Sarawak Energy, kembali menjadi penaja utama pasukan Yang bertapak di Stadium Negeri itu. 

Ini bermakna nama Sarawak Energy terpampang dengan jelas pada hadapan jersi pasukan Sarawak. 

Penajaan pasukan Sarawak oleh syarikat gergasi itu menandakan tahun ke-empat Sarawak Energy terlibat secara langsung sebagai salah satu penaja utama pasukan Bujang Senang. 

Selain Sarawak Energy, turut kekal sebagai penaja adalah kedai barangan sukan Lea Sports Centre (LSC) yang turut menjadi pembekal rasmi jenama StarSports yang dikenakan sebagai jersi utama Sarawak. 

Selain dua syarikat tersebut, RH Group juga hadir pada musim ini sebagai penaja terbaru pasukan Sarawak FA. 

Adalah difahankan jumlah penaja pasukan Sarawak musim ini agak berkurangan berbanding musim lepas dan ini dapat dilihat dengan kekurangan logo penaja pada sesi pelancaran dan pengenalan pemain Khamis lalu. 

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey

3 COMMENTS

Comments are closed.