Perlawanan persahabatan diantara pasukan pilihan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dan lagenda bolasepak Sarawak hari ini menyaksikan pasukan yang diwakili beberapa awang import lagenda Sarawak mudah menewaskan pasukan pilihan FAS 10-3.

Penyerang sensasi untuk pasukan Sarawak pada era 90-an Shamsurin Abdul Rahman , membuka jaringan di dalam perlawanan petang tadi dengan gol awal, sebelum Mohd Izroll Abdillah meletakkan kedudukan menjadi dua gol tanpa balas.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Belum sempat pasukan pilihan FAS bernafas, John Hunter menunjukkan beliau masih berbisa dengan meledakkan gol ketiga perlawanan melalui tandukan, dengan bekas lipas kudung pasukan Bujang Senang, Affendi Julaihi juga menjaringkan gol beberapa minit kemudian.

Tidak cukup dengan lima gol tanpa balas, pasukan lagenda Sarawak menambah lagi pesta gol melalui Shamsurin bagi meletakkan jaringan kini 6-0, dengan Izroll, David Evans dan Jalil Ramli menambahkan duka pasukan pilihan FAS.

Pasukan pilihan FAS walaubagaimana pun enggan mengalah dan berjaya menjaringkan tiga gol dengan dua gol dijaringkan oleh Edward .

 

Pada masa penuh, keputusan perlawanan adalah 10-3 memihak kepada pemain lagenda pasukan Sarawak FA, dengan sekitar 2,000 peminat bolasepak Sarawak yang hadir gembira dapat mengimbau kembali nostalgia dan kenangan hasil usaha pemain pujaan mereka.

Karnival Bolasepak Sarawak Glory akan bersambung esok dengan pameran dan sesi bertemu peminat di Dataran Stadium Sarawak.

10 COMMENTS

Comments are closed.