Kuching FA perlukan kemenangan, namun ianya sukar

Kelab bola sepak Kuching FA perlukan kemenangan sebelum Liga Malaysia ditunda minggu hadapan.

Perlawanan menentang Pulau Pinang FA walaubagaimanapun menjadikan misi itu sesuatu yang sukar untuk pasukan bimbingan Akira Higashiyama itu.

Akira dipetik Dayak Daily sebagai berkata bahawa pasukannya belum panik lagi walaupun telah kalah tiga kali.

Beliau dipetik berkata mahukan pemainnya fokus kepada perlawanan seterusnya dan perjalanan liga masih panjang.

Menentang Pulau Pinang, misi Kuching FA untuk memungut mata penuh dilihat sukar.

Ini berikutan pasukan tersebut yang kini di dalam keadaan baik dengan dua kemenangan berturut-turut, dengan keputusan seri dicatat pada perlawanan menentang Perak 2 minggu lepas.

Lebih menarik, Pulau Pinang FA juga membelasah pasukan ‘abang’ Kuching FA, Sarawak United A, dengan jaringan 4-2 pada perlawanan pembukaan musim.

Kuching FA dalam pada itu bukan sahaja perlu fokus, tetapi juga perlu memastikan jentera serangan pasukan Pulau Pinang boleh dikekang malam ini.

Jika ini mampu dilakukan oleh Kuching FA, kemenangan pertama mungkin boleh dicapai bagi mencungkil keluar pasukan tersebut dari persada Liga Premier.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top