Pasukan Sarawak United A (SUA) yang merupakan pasukan utama Sarawak United FC mampu melonjakkan diri ke kedudukan ketiga Liga Premier sekiranya mereka berjaya menewaskan pasukan Kuala Lumpur FA malam ini.

Walaubagimanapun, bekas pasukan Ashri Chuchu itu datang bertandang ke Stadium Sarawak malam ini dengan misi mahu mengukuhkan kedudukan mereka di Liga Premier.

Buat masa ini, Kuala Lumpur berada di kedudukan ke-4 Liga Premier dengan lima mata, dengan pasukan SUA di kedudukan ke-8 dengan tiga mata.

Kemenangan kepada SUA malam ini mampu melonjakkan SUA ke kedudukan ketiga Liga Premier sekiranya Kelantan United FC berjaya ditundukkan oleh Negeri Sembilan FA.

Kuala Lumpur yang seri apabila menentang JDT2 pada perlawanan lepas dilihat sebagai pasukan ‘underdogs’ di dalam perlawanan malam ini kerana barisan pemain SUA yang dilihat sebagai lebih berpengalaman dan hebat.

Ini ditambah pula dengan hakikat bahawa SUA berjaya mengalahkan JDT2 dengan bergaya, dimana Kuala Lumpur hanya mampu mengikat pasukan simpanan JDT itu.

SUA juga akan bermain di tempat sendiri, yang mana merupakan gelanggang sama di mana JDT 2 telah tumbang tempoh hari.

Oleh yang demikian, perlawanan malam ini sudah pasti merupakan satu perlawanan yang menarik dengan SUA sudah pasti menggunakan kelebihan di tempat sendiri untuk mencapat keputusan yang positif bagi mereka.