Hasrat melihat Sarawak FA bangkit dengan baki dua perlawanan berkecai malam ini apabila pasukan Sarawak FA terus diaibkan di Stadium Bandaraya.

Biarpun perlawanan baru selesai babak pertama, Sarawak sudsh bolos lima gol.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Gol pembukaan pasukan tuan rumah bermula pada minit ke-5 apabila Al Hafiz Harun menjaringkan gol.

Sergio Aguero meletakkan Pulau Pinang selesa dengan dua gol dihadapan pada minit ke-8, sebelum Casagrande menambah dua lagi jaringan pada minit ke-14 dan 27.

Tidak cukup dengan empat gol, Al Hafiz sekali lagi merobek gawang Sarawak yang di kawal Andy Nickolas untuk meletakkan pasukan Pulau Pinang jauh dihadapan pada akhir babak pertama.

Bersambung babak kedua, Sarawak melancarkan serangan bertali arus untuk merapatkan jurang.

Sunnguhpun demikian Julian Battoro menambah derita Sarawak dengan gol pada minit ke-52.

Enggan emngalah, Sarawak terus mengasak dan Bobby Gonzales akhirnya menjaringkan gol untuk Sarawak pada minit ke-65.

Alif Hassan mendekatkan lagi jurang gol dengan jaringan pada minit ke-75, sebelum Bobby sekali lagi menemui jaring pada minit ke-80.

Sarawak hampir menjaringkan gol ke-4 pada babak babak terakhir pelawanan apabila dihadiahkan sepakan penalti, namun sepakan tersebut tidsk masuk.

Pulau Pinang terus bertahan dan perlawanan tamat dengan Sarawak tewas 6-3.