Pasukan Kuching FA yang kini sah akan bertanding di Liga Premier 2020 sudah mula mengorak langkah untuk mempersiapkan pasukan tersebut untuk saingan sengit pada musim hadapan.

Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (KDFA), Fazzruddin Abdul Rahman memberitahu akhbar Utusan Borneo bahawa pihak pengurusan pasukan akan berbincang dengan barisan kejurulatihan untuk merangka pelan baharu bagi persiapan Liga Premeir 2020.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Fazzruddin juga dipetik sebagai berkata bahawa pemilihan pemain perlu dilakukan dengan lebih teliti dan mengikut kemampuan kewangan KDFA.

Beliau juga mendakwa bahawa faktor kewangan akan tetap menjadi cabaran utama untuk musim hadapan.

“Kita akan melakukan pemilihan rapi untuk menghadapi Liga Premier 2020 yang ternyata amat sengit musim depan justeru bajet sudah tentunya menjadi cabaran utama kepada Kuching FA nanti” kata Fazzruddin kepada Utusan Borneo.

“Kita akan melaksanakan mengikut bajet terhad namun pada masa sama akan cuba memberi saingan terbaik dalam kancah Liga Premier musim depan” tambahnya lagi.

Kuching FA layak ke Liga Premier 2020 selepas menumbangkan Sarawak FA di dalam saingan play-off Liga Premier Sabtu lalu di Stadium Sarawak.