Home Malaysian football Sarawak United sambut baik langkah ‘tutup stadium’ untuk cegah COVID-19

Sarawak United sambut baik langkah ‘tutup stadium’ untuk cegah COVID-19

Kelab bola sepak Sarawak United telah mengumumkan bahawa mereka menyambut baik langkah Persatuan Bolaseapk Malaysia (FAM) dan Malaysia Football League (MFL) dalam mencegah penularan pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Menurut kenyataan ringkas Sarawak United, peminat yang sudahpun membeli tiket bola sepak untuk perlawanan menentang Kuala Lumpur boleh mendapatkan wang mereka semula dengan mengemukakan tiket yang sudah di beli di cawangan Smart Super Sports.

Kelab tersebut juga berjanji akan mengemaskini sedaya upaya berkenaan keputusan perlawanan tersebut.

FAM dan MFL hari ini mengumumkan bahawa semua perlawanan Liga Malaysia dan perlawanan anjuran FAM akan dilangsungkan di dalam stadium tertutup.

Adalah difahamkan bahawa perlawanan di dalam stadium tertutup bermaksud cuma pemain dan pegawai perlawanan boleh menyaksikan perlawanan tersebut dengan pengamal media juga tidak dibenarkan di dalam stadium.

Ini bermaksud, perlawanan akan dilangsungkan tanpa penonton bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 yang kini sudah menjangkiti lebih 140 orang di Malaysia.

Kedua-dua badan itu juga mengumumkan bahawa Liga Malaysia akan di tunda bermula Isnin hadapan bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

RECOMENDED LINKS: