Pasukan simpanan Perak FA akan menjadi pasukan lawan ketiga untuk Sarawak United di dalam siri perlawanan pra-musim pasukan tersebut.

Pasukan yang dikenali dengan nama Perak II FA merupakan hasil penjenamaan semula PKNP FC selepas ianya diambil alih oleh Persatuan Bolasepak Perak.

Perak II kini bermain di Liga Premier.

Pengumuman berkenaan perlawanan tersebut telah dibuat oleh Sarawak United dan Perak FA di laman sosial media masing-masing kelmarin.

Menurut grafik yang dikongsikan olehkedua-dua pasukan, perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Ipoh pada jam 9 malam, malam ini (30 Januari).

Pihak Perak FA juga memaklumkan bahawa perlawanan pra-musim menentang Sarawak United akan disiarkan secara rasmi di laman sosial mereka.

Bagi yang mahu menyaksikan perlawanan tersebut secara dekat, masuk ke Stadium Ipoh untuk perlawanan tersebut adalah percuma.

Sarawak United belum menang sebarang perlawanan pra-musim mereka di Semenanjung Malaysia setakat ini apabila tewas kepada Kuala Lumpur 2-1 pada perlawanan pertama, dan dibelasah 5-0 oleh pasukan PDRM FA pada perlawanan kedua.