PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK TERKINI DI TELEGRAM MySARAWAK .

Rehat yang cukup telah membantu pasukan Kuching City menewaskan pasukan Skuad FAM – MSN dalam perlawanan Liga Premier kelmarin.

Kuching City mendapat rehat hampir seminggu selepas perlawanannya menentang Kuching City ditunda kerana beberapa pemain Kelantan United telah dikesan positif Covid-19.

Promosi RM1

Dalam perlawanan tersebut, Kuching City telah menang selesa 2-0 ke atas atas skuad muda bimbingan Yusri Che Lah.

Menurut ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti, rehat yang mencukupi telah membantu pemainnya untuk memenangi perlawanan.

“Penundaan perlawanan telah memberi kesan yang baik kepada pemain. Pemain dapat cukup rehat.” kata Irfan selepas perlawanan.

// DAPATKAN JERSI BLACK KUCHING CITY

Beliau juga menyatakan bahawa perlawanan menentang Sarawak United tempoh hari tidak boleh dijadikan ukuran kerana ianya melibatkan seteru setempat Sarawak United.

“Main lawan Sarawak lain. Ianya membabitkan sentimen dan perasaan tu lain walaupun baru bemain tiga hari.” jelasnya lagi.

Kuching City terpaksa bermain tiga perlawanan dalam sepuluh hari untuk beberapa minggu sejak kebelakangan ini kerana terkesan dengan SOP pandemik Covid-19.

Sungguhpun demikian, kelab itu kini mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan pusingan keduanya di Liga Premier dengan kelab The Cats itu mencatatkan lima kemenangan daripada tujuh perlawanan yang telah dilaluinya.

Biarpun terlepas slot ke Liga Super, Kuching City kini semakin menghampiri slot Piala Malaysia dengan satu kemenangan bakal memastikan slot it sah menjadi milik kelab dari Kuching itu.

Kemenangan terbaharu juga Kuching City menyaksikan kelab tersebut semakin menaiki tangga liga dengan ianya kini memiliki baki tiga perlawanan.