Insiden melibatkan pasukan Sarawak yang tidak akan dilupakan

Bola sepak Sarawak sebelum ini telah diwakili oleh pasukan Sarawak FA pada peringkat tertinggi bola sepak Malaysia.

Sepanjang Sarawak FA mewakili bumi Kenyalang, telah hadir beberapa insiden yang bersejarah dan tidak akan dilupakan sehingga masa akan datang.

Di sini kami nyatakan beberapa insiden tersebut.

INSIDEN JAMBATAN SATOK

Insiden Jambatan Satok ini berlaku pada tahun 1988 apabila Sarawak FA baru bangkit di dalam arena bola sepak Malaysia.  Sarawak FA yang pada amnya dikenali sebagai pasukan belasahan di liga Malaysia pada ketika itu berjaya melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia pada tahun yang sama.

Memandangkan Piala Malaysia merupakan piala teragung di Liga Malaysia, Ketua Jurulatih Sarawak FA pada ketika itu, Awang Mahyan, telah bertindak merayakan kejayaan masuk ke suku akhir pertandingan tersebut dengan terjun dari Jambatan Satok ke Sungai Sarawak.

Insiden ini mendapat liputan meluas media, termasuk media di Semenanjung Malaysia.

Sumber gambar: myblogkuching.blogspot.com

INSIDEN STADUM NEGERI

 

Kejayaan dan konsistensi pasukan Sarawak FA pada era 90-an menyaksikan lebih ramai pemainat bola sepak turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan Sarawak FA pada masa itu.

Ini telah membuat Stadium Negeri yang berkapasiti 26,000 kerap penuh dan telah menjadi terlalu sesak semasa Sarawak FA menerima kunjungan Kedah FA pada 28 Oktober 1988.  Pada perlawanan tersebut, dianggarkan lebih 30,000 telah hadir untuk menyaksikan perlawanan Piala Malaysia sekaligus menyaksikan pintu pagar stadium gagal ditutup dan penonton sehinggakan duduk di tepi trek bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

Perlawanan itu akhirnya ditunda dan diadakan semula di Singapura di mana Sarawak tewas 2-1 secara aggregat.

Sumber gambar: Bicratanpasuara2.blogspot.com

INSIDEN STADIUM MERDEKA

Pada 3 Disember 1989, Sarawak FA dan Kuala Lumpur FA telah bertembung di dalam final Piala Malaysia. Insiden bermula apabila Steven Ovinis tersalah anggap satu kekasaran yang berlaku kepada pemain Sarawak FA dan mendenda pemain Sarawak FA sebagai membuang masa pada minit ke-35 biarpun pemain tersebut sebenarnya cedera.

Kesilapan itu dilihat sebagai berat sebelah terhadap Kuala Lumpur sekaligus menyaksikan pemain Sarawak FA meminta Ovinis diganti.  Apabila permintaan mereka ditolak, dan dengan Ovinis pula mendakwa beliau ‘ditolak’, pihak FRU telah memasuki padang dan menyerang pemain Sarawak FA.

Insiden ini menyaksikan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menarik diri dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Ianya juga menyaksikan hubungan Sarawak – Malaysia tegang buat ketika itu.  Ketegangan ini dileraikan apabila FAM menghantar timbalan presidennya ke Sarawak untuk menyelesaikan masalah itu.

Sumber gambar: Bicratanpasuara2.blogspot.com

RUSUHAN STADIUM NEGERI


Perlawanan Piala Malaysia di anatara Sarawak FA dan Perak FA di Stadium Negeri berlaku pada 30 Ogos 2014.  Ianya dikhabarkan melibatkan hampir 2,000 orang dan berlangsung selepas perlawanan tersebut. Adalah dikhabarkan bahawa rusuhan berlaku akibat perasaan tidak puas hati peminat bola sepak Sarawak keputusan pengadil, dan juga terhadap komen – komen peminat bola sepak Perak yang dibuat sebelum perlawanan.

Dalam insiden itu, pagar dan pintu Stadium Negeri dilaporkan rosak, beberapa polis dilaporkan cedera, dan beberapa kenderaan termasuk kenderaan polis dibakar dan dirosakkan.

Polis juga telah melepaskan 26 kanister gas dan 10 bom asap bagi meleraikan rusuhan yang boleh dianggap antara yang terburuk dalam sejarah bola sepak Sarawak.  Insiden ini menyaksikan lima lelaki ditangkap polis.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top