Pemilihan kapten (Captain) untuk pasukan Liga Fantasi (FPL) anda amat penting kerana ianya mampu memberikan anda kelebihan mata kepada pasukan anda.

Ini adalah kerana kapten akan memberikan anda dua kali mata berbanding pemain lain.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan pengurus FPL yang berjaya telah melakukan pemilihan kapten yang betul pada hampir setiap minggu pertandingan FPL.

Oleh itu, di sini SarawakCrocs memberi cadangan melihat dengan lebih mendalam berkenaan bagaimana anda harus membuat pemilihan kapten pasukan FPL anda.

KAPTEN PASUKAN FPL MESTI DALAM PRESTASI TERBAIK

Dalam dua musim lepas, pemilihan Mohamed Salah sebagai kapten amat menguntungkan.  Salah memberikan prestasi terbaik dan paling konsisten sepanjang dua musim lalu, dan tidak hairanlah harga beliau melonjak naik kepada £13.0m pada musim 2018/19.

Pada musim 2019/20, Salah masih lagi mahal pada £12.5m, namun pembelian beliau dianggap sangat berbaloi memandangkan beliau bukan sahaja mampu menjaringkan gol, namun mempunyai jumlah percubaan tepat yang banyak.

Dua faktor tersebut turut mempengaruhi pemain Manchester City pair Raheem Sterling dan Sergio Aguero yang kedua-duanya bernilai £12.0m untuk musim 2019/20.

HEBAT MENENTANG PASUKAN LEMAH

Turut harus dipertimbangkan sebagai kapten pasukan anda adalah pemain yang sering hebat apabila menentang pasukan-pasukan lemah.  Ini ditunjukkan oleh pemain Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang (£11.0m) yang menjaringkan 19 daripada 22 gol apabila menentang pasukan lemah.

Pada musim ini, Aubameyang dilihat mampu mengulangi prestasi hebatnya itu kerana Arsenal memiliki perlawanan yang kurang sukar pada awal liga.

KAPTEN PASUKAN FPL HARUS HEBAT DI TEMPAT SENDIRI

Kehebatan seseorang pemain bermain di tempat sendiri juga perlu di ambil kira apabila memilih kapten pasukan.  Pada musim lepas, penyerang Tottenham Hotspurm, Harry Kane (£11.0m) dilihat amat hebat apabila bermain di tempat sendiri.

Ciri seperti Kane membuatkan beliau menjadi pilihan dalam pemilihan kapten pasukan FPL kerana reko jaringan sebanyak 17 gol apabila bermain di White Heart Lane.

SERTAI SARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

SarawakCrocs Fantasy Premier League (ScFPL) adalah Liga Fantasi yang dianjurkan oleh pihak SarawakCrocs sejak musim 2018/19.

Liga ini terbuka kepada semua dan hadiah adalah berupa wang tunai.

Bagi musim 2019/20, ScFPL menawarkan hadiah wang tunai berjumlah lebih RM2,000 kepada pemenang.

Untuk mendaftarkan pasukan FPL anda di dalam ScFPL, hubungi agen pertandingan

  • DON (+60135693485)
  • KIM (+60128086262)
  • CYRIL (+60168756183)

Tarikh tutup penyertaan adalah 10 Ogos 2019.