Perlawanan PDRM FC vs Kuching City FC disiarkan secara langsung, PERCUMA

Perlawanan PDRM FC menentang Kuching City FC yang akan berlangsung malam ini akan disiarkan secara percuma bagi tatapan semua peminat kedua – dua pasukan.

Walaupun hadir perkhabaran berkenaan siaran percuma ini sebelum ini, pengesahan berkenaan adanya siaran ini, namun ianya tidak disahkan oleh mana – mana laman rasmi kelab yang bertanding sebelum ini.

Hari ini, siaran langsung secara ‘live stream’ itu telah disahkan oleh pasukan tuan rumah, PDRM FC sendiri hari ini.

Peminat bola sepak yang mahu menyaksikan perlawanan itu dalam pada itu hanya perlu pergi ke laman Faceook rasmi PDRM FC untuk menyaksikan perlawanan tersebut yang dijadualkan malam ini pada jam 9 malam.

Siaran akan dibuat dari Stadium Kuala Lumpur di ibu negara.

Sebelum ini, perlawanan Kuching City disiarkan secara PPV (Bayar Sekali Tonton) melalui pihak ketiga dengan kadar RM10.

Kuching City dalam pada itu masih mencari kemenangan pertama mereka pada musim ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top