11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan seperti mana kenyataan sebelum ini menjelaskan bahawa pihaknya menyambut baik keputusan pihak kerajaan untuk membenarkan penyokong hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan TM Piala Malaysia 2021 dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), jumlah penyokong yang dibenarkan memasuki stadium adalah mengikut fasa.

SHOPEE

Bagi negeri yang berada dalam Fasa 2 dibenarkan 20 peratus atau 5,000 penonton (yang mana lebih rendah) diikuti Fasa 3; 30 peratus atau 10,000 penonton (yang mana lebih rendah) dan Fasa 4; 50 peratus atau 20,000 penonton (yang mana lebih rendah) daripada kapasiti venue yang digunakan untuk hari pertandingan.

// DAPATKAN KIT BAIKI BASIKAL MURAH

“MFL mahu merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini telah mengumumkan kebenaran kehadiran penonton atau penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4.

“Apa yang pasti ia menjadi satu langkah yang baik bagi melonjakkan kembali industri bola sepak negara apatah lagi kita sedang meraikan ulang tahun ke-100 TM Piala Malaysia selepas kejohanan ini terpaksa dibatalkan akibat pandemik COVID-19 pada tahun lalu.

“Di sini MFL memberikan kebenaran kepada kelab untuk mengikut kuota penyokong yang ditetapkan atau mengurangkan jumlah kemasukan penonton berdasarkan kemampuan kelab daripada segi pengurusan petugas stadium, pasukan keselamatan atau marshall pada hari perlawanan bermula dengan aksi minggu ketiga TM Piala Malaysia pada 29 Oktober ini.

“Apa yang penting juga, hanya penyokong atau penonton sudah lengkap divaksinasi boleh masuk ke stadium selain wajib memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di stadium. Manakala bagi kanak-kanak bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan berada di stadium mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan juga SOP-SOP kebenaran penonton masuk ke stadium pada April lalu yang telah dikeluarkan sebelum ini,” kata Dato’ Ab Ghani.

Dalam perkembangan lain, Dato’ Ab Ghani turut memaklumkan bahawa penyokong juga dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan persahabatan kelab-kelab yang bertanding dalam TM Piala Malaysia jika ada kelab yang mengadakan perlawanan pemanas badan sepanjang perlawanan antarabangsa pasukan kebangsaan pada bulan ini.

“MFL turut membuat keputusan untuk membenarkan penyokong hadir ke stadium bagi perlawanan persahabatan kelab-kelab yang mahu membuat persiapan menjelang perlawanan minggu ketiga TM Piala Malaysia pada 29 Oktober ini.

“Bagaimanapun kelab-kelab terlibat perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada MFL dan wajib mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN, KKM dan KBS bagi kemasukan penyokong ke stadium walaupun perlawanan itu hanya berstatus aksi persahabatan. Ini penting bagi memastikan kita bersama-sama menjaga SOP bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku.

“SOP-SOP yang lengkap berkenaan penyokong masuk ke stadium bermula 29 Oktober 2021 akan diberikan kepada pasukan dalam tempoh terdekat,” katanya. – MFL