Tiada penyingkiran dari Liga Premier musim ini

Tiada pasukan Liga Premier akan disingkirkan ke Liga FAM musim ini.

Menurut kenyataan media Malaysia Football League, ini adalah disebabkan pembatalan Liga FAM oleh Amateur Football League (AFL).

Kenyataan itu memetik Dato’ Ab Ghani sebagai menegaskan bahawa tiada penyingkiran buat pasukan berstatus Liga Premier pada musim ini selepas menyaksikan Amateur Football League (AFL) telah mengambil keputusan untuk membatalkan saingan Liga M3 musim 2020 pada 8 Jun 2020.

Walaubagiamanapun, penyingkiran dan promosi dari Liga Premier ke Liga Super masih akan diteruskan pada musim ini seperti tahun – tahun sudah.

“Tiada penurunan dari pasukan Liga Premier pada musim ini tetapi format biasa iaitu dua pasukan menduduki menduduki tangga ke-11 dan 12 dari CIMB Liga Super (turun ke Liga Premier) dan dua pasukan teratas Liga Premier (naik ke CIMB Liga Super) kekal seperti biasa,” kata Dato’ Ab Ghani dalam kenyataan MFL.

Keputusan MFL tidak mengadakan penyingkiran pasukan Liga Premier ke Liga FAM sememangnya akan membantu pasukan – pasukan bola sepak Liga Premier yang kini menghadapi musim terpendek di dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Liga Malaysia yang bakal disambung pada hujung bulan ini nanti akan ditamatkan hanya selepas satu pusingan, dengan kejuaraan ditentukan melalui mata terbanyak pada pusingan pertama sahaja.

Sungguhpun demikian, pasukan Liga Premier dan Liga Super masih boleh tersingkir ke Liga FAM sekiranya mereka gagal memenuhi kehendak MFL yang mahukan semua pasukan bola sepak Malaysia yang bertanding di Liga Malaysia mempunyai lesen bola sepak.

IKLAN: Sertai Pertandingan FPL, Liga FPLFC 2020/21 oleh SarawakCrocs sekarang dan menangi hadiah berniali RM2,500. Untuk info lanjut, hubungi 0128086262 (KIM) atau 0168756183 (REAL).

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top