Pemain – pemain Fantasy Premier League (FPL) kini boleh menyertai dua pertandingan anjuran SarawakCrocs bagi musim 2020/21.

Pertandingan ini adalah kesinambunagn dari pertandingan FPL musim lepas yang telah selesai dengan jayanya.

Pertandingan kali ini dibahagikan kepada dua, yakni Liga SARAWAKCROCS FPLFC bagi pertandingan musim penuh, dan pertandingan Tribalex, bagi pertandingan separuh musim (sehingga GW19).

Hadiah – hadiah menarik menanti pemenang kedua – dua pertandingan, dengan jumlah hadiah minimum ditawarkan bermula dari RM2,000

LIGA SARAWAKCROCS FPLFC

Buat julung kalinya, SarawakCrocs akan bekerjasama dengan FPLFC dengan menganjurkan pertandingan musim penuh untuk FPL.

Liga ini akan menyaksikan laporan mingguan dibuat oleh FPLFC di FB Page mereka bagi pengurus – pengurus yang menyertai liga tersebut.

Ini termasuklah sesi temuramah dan komen dari pengurus – pengurus yang menyertai Liga SARAWAKCROCS FPLFC, sekaligus menghangatkan lagi pertandingan bagi pengurus yang menyertai.

Hadiah bulanan dan hadiah keseluruah, semuanya berjumlah RM2,500 turut disediakan bagi pengurus yang berjaya.

Yuran masuk adalah RM30 untuk satu pasukan.

Bagi yang berminat menyertai, hubungi KIM +6012-8086262 atau +60168756183 (REAL)

LIGA TRIBALEX

Liga Tribalex ditaja oleh jenama Tribalex, dan ianya merupakan Liga separuh musim yang disokong oleh SarawakCrocs.

Liga ini menawarkan hadiah mingguan dan juga hadiah juara keseluruhan dari GW1 – 19.

Jumlah hadiah yang ditawarkan berjumlah RM2,000.

Yuran penyertaan adalah RM30 satu pasuan.

Bagi yang berminat menyertai, hubungi +6013-5693485.