Home Malaysian football Elavarasan akui ketiadaan perlawanan persahabatan berkualiti menyukarkan

Elavarasan akui ketiadaan perlawanan persahabatan berkualiti menyukarkan

Pasukan Sarawak United mempunyai tugas yang sukar apabila menyambung Liga Premier kelak selepas pasukan tersebut kini perlu mengharungi liga tersebut tanpa sebarang perlawanan persahabatan yang berkualiti.

Ketiadaan perlawanan seumpamanya di dalam jadual latihan pasukan Sarawak United menyaksikan ketua jurulatih E Elavarasan sukar menilai kemampuan dan keserasian pemainnya.

“Tanpa aksi persahabatan sukar untuk menilai kemampuan dan keserasian pemain” kata Elavarasan kepada Suara Sarawak.

Beliau turut menyatakan bahawa persediaan pasukan Perak 2 nampaknya lebih baik dan bersedia jika dibandingkan dengan Sarawak United.

“Tambahan pula, pasukan lawan mempunyai keputusan yang amat positif dalam aksi persahabatan apabila menang 2-0 ke atas pasukn Liga Super, Kedah.

“Kita akan cuba sedaya upaya untuk menyaingi mereka” jelasnya lagi.

Lebih malang, Sarawak United masih belum dapat mengharapkan khidmat pemain importnya, Gabriel Miguel Guerra, yang kini masih terkandas di negara asalnya Argentina.

IKLAN: Sertai Pertandingan FPL, Liga FPLFC 2020/21 oleh SarawakCrocs sekarang dan menangi hadiah berniali RM2,500. Untuk info lanjut, hubungi 0128086262 (KIM).

SOURCESuara Sarawak
Previous articleHakimi Man: Gabriel Nistelrooy telah memilih haluan yang betul
Next articleTiada penyingkiran dari Liga Premier musim ini