The Cats menang satu dari empat perlawanan di Cambodia

Pasukan Kuching City berjaya memenangi satu daripada empat siri perlawanan persahabatan kelab tersebut di Cambodia.

Pasukan bimbingan Irfan Bakti itu tewas perlawanan pertama mereka kepada Nagaworld FC 2-0 di Kampong Speu Stadium pada 2 Februari lalu, sebelum bangkit menewaskan ISI Dangkor Senchey FC di AIA Stadium KMH Park sehari kemudian melalui jaringan Abu Kamara dan Zahrul Nizwan.

Pada perlawanan ketiga yang berlangsung pada 4 Februari 2023, pasukan yang bertapak di Kuching itu diikat oleh juara lapan kali Cambodian Premier League, Phnom Penh Crown FC 2-2 dengan Abu Kamara dan Joseph Kalang Tie menjaringkan gol untuk pasukan Kuching City.

Dalam perlawanan akhir pula, naib juara Cambodian Premier League 2022, Visakha FC mudah menewaskan pasukan pelawat dengan jaringan 3-0.

Semasa lawatan ke Cambodia, pasukan Kuching City juga berkesempatan melawat kemudahan Pusat Latihan Preah Khan Reach Svay Rieng Football Club.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top