Kelab Liga Super Kuching City FC akan menguji persediaan pasukan mereka dengan menentang Sri Pahang FC pada 12 Februari 2023 dan 13 Februari 2023.
Menurut perkongsian kelab tersebut di media sosial, pasukan The Cats akan menerima kunjungan pasukan Tok Gajah pada 7.30 malam di gelanggang mereka, yakni Stadium Negeri., sebelum bertemu dengan pasukan sama pada petang hari berikutnya di venue yang sama.
Tiket perlawanan bagi pertemuan pemanas badan itu akan dijual pada hari perlawanan bermula dari jam 4.30 petang di kaunter tiket A & B Stadium Negeri.
Tiket dijual dengan harga RM10 seorang, dengan kanak – kanak dibawah 12 tahun dibenarkan masuk ke stadium secara percuma.
Kuching City sebelum ini baru sahaja menamatkan siri perlawanan di Cambodia dengan pasukan bimbingan Irfan Bakti itu membawa keputusan satu kemenangan, dua kekalahan dan satu keputusan seri.
- BACA: Kuching City menang satu dari empat perlawanan di Cambodia
- BACA: Kuching import empat pemain luar negara
- BELI: Jersi pasukan Kuching City FC
- LIHAT: Jersi pasukan Selangor FC
- LIHAT: Jersi pasukan Penang FC 2023
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys