Home Malaysian football FAS umum beberapa lantikan baharu, bentuk 17 jawatankuasa

FAS umum beberapa lantikan baharu, bentuk 17 jawatankuasa

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dalam usaha mengubah landskap bola sepak Sarawak telah mengumumkan beberapa pelantikan khas bagi membolehkan persatuan itu bergerak dengan lebih mudah lagi.

Menurut perkongsian di media sosial, FAS pada Mesyuarat Eksekutifnya pada 4 Februari lalu telah melantik Fazruddin bin Abdul Rahman, Royston bin Valentine, Roy Angau Gingkoi dan Daneil Punang sebagai empat ahli bebas FAS.

FAS juga megumumkan Paza bin Haji Dan selaku Setiausaha Agung dan Encik Hasnandi Mohd Jenis selaku Timbalan Setiausaha Agung FAS.

Phillip anak Jabu pula dilantik sebagai Bendahari FAS.

Dalam mesyuarat sama, FAS turut mengumumkan pembentukan 17 jawatankuasa yang terdiri dari Jawatankuasa Tetap, Badan Bebas dan Badan Kehakiman.

Menurut FAS, jawatankuasa tersebut adalah selaras dengan artikel 33, Perlembagaan FAS bagi membantu pentadbiran dan pengurusan FAS serta merangka dan melaksanakan program dan aktiviti FAS.

Fazruddin Abd Rahman turut juga dilantik selaku Pengerusi Jawatankuasa Tasks Force sementara pelantikan lain-lain pengerusi jawatankuasa dibuat pada 12 Februari kelak.

RECOMENDED LINKS: