Home Malaysian football Kuching City bawa masuk empat pemain import baharu

Kuching City bawa masuk empat pemain import baharu

Kelab bola sepak Liga Super Kuching City akan membawa masuk empat pemain import pada musim hadapan bagi memperkuatkan pasukan pasukan dalam mengharungi cabaran di Liga Super buat julung kalinya.

Menurut laporan media tempatan, pemain import itu adalah daripada Uzbekistan, Burundi, Serbia dan Timor Leste.

Laporan tersebut memetik Ketua Pegawai Eksekutif pasukan The Cats, Iswandy Ali Hassan sebagai berkata Abu Kamara dan Yuki Tanigawa akan dikekalkan untuk musim hadapan.

“Setakat ini ada enam orang pemain import Kuching City dengan termasuk empat muka baharu,” Iswandy diberitakan berkata kepada Arena Suara Sarawak.

Dengan empat pemain import itu, Kuching City akan memiliki enam pemain import kesemuanya.

Dalam perkembangan sama, status Aylton Ferreira Ananias masih belum dapat ditentukan kerana beliau masih dalam proses berunding dengan pihak pengurusan Kuching City berkenaan khidmat dan keperluannya di kelab tersebut.

Kuching City dijangka mengumumkan barisan pemain import baharu pada akhir Disember kelak.

Previous articleMantan Penolong Setiausaha Agung FAM ganti Posa?
Next articlePosa sokong Suhordie sebagai Presiden FAS