Home Malaysian football Kuching City tiba di Cambodia untuk lawan pasukan kuat

Kuching City tiba di Cambodia untuk lawan pasukan kuat

Kelab Liga Super Kuching City FC telah selamat mendarat di Cambodia untuk siri perlawanan pemanas badan mereka.

Pasukan tersebut dilaporkan terbang malam tadi dengan menggunakan pesawat komersial dan mendarat di Cambodia tengahari tadi.

Menurut laporan media tempatan, pasukan bimbingan Irfan Bakti itu akan menentang empat pasukan kuat di negara Asia Tenggara itu, yakni Nagaworld Football Club pada 2 Februari 2023, sebelum berdepanĀ ISI Dangkor Senchey sehari selepas itu (3 Februari).

Kemudiannya, pasukan dengan gelaran The Cats itu akan menentang Phnom Phen Crown FC pada 4 Februari sebelum mengakhiri siri perlawanan pemanas badan mereka dengan Visakha FC pada 5 Februari 2023.

Media tempatan turut melaporkan bahawa Kuching City akan menggunakan perlawanan di Cambodia untuk menguji keserasian pemain disamping memberi ruang untuk pemain lama dan baru kelab tersebut menguji beberapa taktik yang diilhamkan ketua jurulatih Irfan Bakti.

RECOMENDED LINKS: