LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kekalahan 6 – 0 Sarawak United kepada Juara berganda Liga Super JDT dilihat berpunca daripada kelekaan sendiri oleh penolong ketua jurulatih Sarawak United Ahmad Nurfaizal.

Beliau yang mewakili ketua jurulatih B Sathianathan yang terpaksa balik ekoran hal keluarga, memaklumkan bahawa kelekaan barisan pertahanannya, disamping juga kelemahan barisan pertahanan membolehkan JDT menyerang dengan baik.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Beliau juga menyatakan bahawa kad merah yang dilayangkan kepada pemain beliau, Raja Imran Shah Raja Amin, dilayangkan kad merah.

“Kelekaaan daripada pasukan sendiri. Pertahanan belum mantap, ditambah lagi bermain dengan pasukan seperti JDT.” kata Ahmad selepas perlawanan.

“Kena lagi kad merah, menyukarlan lagi untuk mengurus dalam padang.

“Pergerakan yang dilakukan JDT menembus dengan mudah kerana pemain – pemain masih perlu diperbaiki dari aspek pertahanan.” ulas Ahmad lagi.

>> JERSI SARAWAK UNITED

Sumber gambar: JDTFC

Dalam pada itu, Ahmad juga berkongsi bahawa pihaknya tidak merancang untuk bertahan, tetapi sebaliknya menyerang dan bertahan secara bersama apabila menentang JDT pada perlawanan itu.

Sungguhpun demikian, beliau mengakui bahawa perancangan tersebut gagal, terutama sekali memandangkan pasukannya masih belum cukup serasi, berbanding pasukan JDT yang jauh lebih serasi.

“Perancangan sebenarnya adalah untuk menyerang bersama, dan bertahan bersama. Pada awal perlawanan, 10- 15 minit pasukan telah cuba untuk menyerang.

Kita memang menyerang pada awal 10 – 15 minit. Tapi mudah bagi JDT untuk menyerang. Mereka sudah lama bermain bersama – sama dan serasi. Perancangan kita tidak jadi.” jelas Ahmad.

Biarpun dibelasah teruk, Ahmad memuji pemainya dan berkata mereka telah mencuba yang terbaik.

Beliau juga menyatakan bahawa pemain telah bersedia secara mental sebelum perlawanan, dan perlawanan menentang pasukan handalan seperti JDT inilah yang akan memberikan mereka gambaran kemampuan sebenar pemain mereka.

>> JERSI JDT FC 2022

Sumber gambar: JDTFC

“Pemain telah mencuba yang terbaik.

“Pemain bersedia. Persiapan telah dijalankan oleh Sathianathan.

“Mereka sebelum perlawanan sebelum perlawanan adalah mereka bersedia. Perlawanan seperti ini memberi kami gambaran kemampuan pemain kami.” kata Ahmad lagi.

Kekalahan Sarawak United meletakkan kelab tersebut kekal di tangga tercorot Liga Super selepas dua perlawanan berlangsung.