LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Sarawak United akan turun agak tempang pada perlawanan Liga Supernya malam ini apabila dua pemain kesebelasan utamanya, S.Chanturu dan Amer Saidin disahkan oleh ketua jurulatihnya, B Sathianathan, sebagai tidak dapat diturunkan.

Menurut laporan TVS, Sathianatahn akan menggunakan khidmat dua pemain import baharunya Gonzalo Soto dan Francis Kone bagi menampung kekosongan tersebut, biarpun kedua – dua pemain masih belum cergas sepenuhnya.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

“Saya terpaksa menggunakan khidmat mereka berdua yang belum cergas sepenuhnya kerana baharu selesai menjalani kuarantin.

“Sebenarnya, mereka telah sertai latihan bersama pasukan walaupun tidak sampai seminggu,” kata Sathianathan kepada TVS.

Dalam pada itu, Sathianathan mahukan pasukan bimbinganya memberikan persembahan yang terbaik.

>> BELI JERSI SARAWAK UNITED 2022

“Pasukan akan mencuba yang terbaik dan bermain mengikut keupayaan yang dimiliki apabila bertemu mereka (JDT),” katanya lagi.

Sarawak United kini di tangga terakhir Liga Super berikuta kekalahan kepada Kedah Darul Aman minggu lepas.