Teres Berbumbung B bakal jadi tempat Penyokong Perak di Stadium Negeri? [DIKEMASKINI]

Khabar anigin di media sosial telah timbul bahawa kononnya Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akan meletakkan penyokong Perak di seluruh kawasan teres berbumbung Zon B semasa Sarawak menentang Perak kelak.

Perlawanan yang dijadualkan pada 30 Ogos 2014 dijangka akan hangat memandangkan segelintir penyokong Sarawak kini sedang ‘panas’ untuk membalas dendam berkenaan insiden pergaduhan dimana beberapa penyokong Sarawak diserang di Stadium Ipoh tempoh hari. Di media sosial, wujud segelintir penyokong Sarawak yang sedang juga mengapi-apikan sentimen ‘keinginan perlunya berlaku aktiviti membala dendam’.

Setakat ini, belum ada maklum balas rasmi dari pihak FAS, namun pihak ‘GengBelakangBench Sarawak’ yang biasanya menduduki Zon B Teres Berbumbung Stadium Negeri telah menyatakan kesedihan jika perkara tersebut adalah benar.

Seorang ahli penyokong kumpulan tersebut yang tidak ingin dikenali menyatakan kesedihannya jika terpaksa menduduki tempat lain sekiranya berita terebut benar. Tambah beliau, belum ada insiden buruk tahun ini di zon tersebut, walaupun wujud situasi kebanyakan peminat lawan dan Sarawak bercampur duduk.

Samada benar atau tidak perancangan untuk tempat duduk penyokong Perak pada 30 Ogos kelak, sama-sama kita nantikan kenyataan dari pihak FAS.

[KEMASKINI 23 Ogos 2014, 12:46pm]
Pihak FAS telah memaklumkan bahawa tidak ada tiket akan dijual kepada peminat Perak untuk perlawanan tersebut. Berita selanjutnya di sini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top