Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) telah membuat kenyataan bahawa peminat Perak tidak akan dibenarkan membeli tiket bagi perlawanan Piala Malaysia diantara Sarawak menentang Perak pada 30 Ogos ini di Stadium Negeri.
Kenyataan tersebut sekaligus menamatkan spekulasi bahawa FAS bercadang menempatkan peminat Perak di kawasan tempat duduk teras berbumbung Zon B sebelum ini.
Menurut FAS, arahan tersebut dikeluarkan atas faktor keselamatan, dan pihak Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Presiden FAS Datu Sudarsono juga menyatakan bahawa beliau kecewa dengan layanan yang diterima peminat Sarawak di Stadium Ipoh, dan menambah bahawa tindakan FAS untuk tidak menjual tiket perlawanan kepada peminat Perak adalah disebabkan pihak FAS tidak dapat menjamin keselamatan mereka.
Sumber: Utusan Borneo
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




[…] Peminat Perak tidak diberi tiket untuk perlawanan Sarawak-Perak […]
[…] Peminat Perak tidak diberi tiket untuk perlawanan Sarawak-Perak […]
[…] pada itu, pihak Persatuan Bolasepak Sarawak telah menegaskan pendirian mereka bahawa penyokong Perak tidak digalakan ke Stadium Negeri malam ini kerana mereka tidak dapat menjamin keselamatan peminat pasukan pihak lawan […]
[…] kelmarin turut heboh di media sosial, dengan pihak Persatuan Bolasepak Sarawak hari ini sekali lagi menegaskan bahawa peminat Perak diminta tidak hadir ke stadium demi untuk keselematan […]