Surat Peminat: Belajar dari penutupan kelab bolasepak

Di awal musim kita dikejutkan dengan berita Kuantan FA yang dibatalkan penyertaan dari Liga Perdana kerana gagal membayar hutang dan gagal hadir ke perlawanan.

Ini pertama kali perkara sebegini terjadi di zaman liga profesional ini. Namun kelab yang menarik diri akibat masalah kewangan bukanlah perkara baru dlm bola sepak negara.

Terbaharu dua kelab Liga FAM gagal hadir ke perlawanan dan menarik diri akibat masalah kewangan. Hanelang FC dan yang terbaru Marcerra United FC tidak hadir pada hari perlawanan sekaligus penglibatan mereka dalam Liga FAM terbatal.

Apa yang kita boleh pelajari adalah semua orang boleh memiliki kelab namun bukan senang untuk menguruskannya terutama kewangan. Pasukan perlu bijak mencari pelabur demi memastikan kelansungan kewangan kelab.

Kasihan kepada pemain dan pegawai pasukan yang pastu mempunyai keluarga untuk disara. Hormatilah kontrak mereka dan pastikan kebajikan pemain dan pegawai dijaga.

Masalah ini mungkin juga menghantui pasukan negeri sekecil Perlis mahupun sebesar Sarawak. Oleh itu sebelum berbelanja tepuk dada tanya selera.

Memang seronok melihat JDT berbelanja mewah namun semua harus tahu juga tentang kekuatan kewangan mereka sebelum kita seseorang ingin meniru cara perbelanjaan JDT.

Belajar cara mencari wang dan dana sebelum bertanding kerana anda perlukan sekurang-kurangnya RM2 juta untuk bertanding di Liga FAM. Ukur baju di badan sendiri.

Yang Benar,
Zafri, Kuala Lumpur

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top