LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab Liga Premier Kuching City telah mengumumkan pengambilan enam pemain muda kelahiran Sarawak ke dalam pasukan utamanya.

Menurut kenyataan ringkas kelab tersebut di laman sosial rasminya, pemain – pemain tersebut merupakan mantan pemain kelab Piala Presiden pasukan tersebut.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Mereka adalah pemain tengah, Mohamad Nur Raziman bin Razali dari Serian, Zulikhsan bin Salleh dari Kuching, dan Mohd Alauddin Farid bin Atan dari Samarahan, serta pemain pertahanan Azuanie bin Jasman dan Mohd Badrul Hisham bin Mohamad Hussien dari Kuching dan Azzam Marzuki bin Saffriy dari Samarahan.

Kesemua pemain tersebut berumur dalam lingkungan 22 – 24 tahun, sekaligus menepati hajat kelab Kuching City yang mahu terus memberi pendedahan bola sepak peringkat tertinggi kepada anak muda kelahiran Sarawak.

Majlis simbolik menandatangani kontrak untuk ke-enam pemain tersebut telah disaksikan oleh CEO The Cats, Iswandi Ali Hassan.