Kelab bola sepak Liga M3, Sarawak United telah mengumumkan penawaran kontrak bagi musim ini.
Sungguhpun tidak dapat dipastikan jika kelab tersebut bermaksud mereka akan mengambil pemain baharu, andaian ramai peminat adalah bahawa kelab milik Posa Majais itu akan berbuat demikian.
Pengumuman berkenaan hal itu dibuat kelab berkenaan di laman sosialnya, dengan satu perkongsian gambar yang disertakan dengan ayat “Contract signing ✅
Stay tuned😉⚽”.
Sungguhpun demikian, pengumuman, pengumuman kelab tersebut mendapat reaksi negatif daripada peminat kelab tersebut, serta beberapa bekas pemain kelab tersebut.
Salah satu komen yang ditinggalkan menggesa pihak kelab melangsaikan hutang gaji, manakala ada yang berharap episod culas gaji tidak akan berulang lagi.
Sarawak United musim lalu merupakan sebuat pasukan Liga Super namun gagal meneruskan persaingan mereka di liga bola sepak tertinggi Malaysia itu musim ini kerana gagal mendapatkan lesen bolasepak kebangsaan.
Ini menyaksikan kelab tersebut diturunkan ke Liga M3.