LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bola sepak Sarawak United sah tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super 2023 selepas Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) menolak rayuan kelab Liga Super kelab tersebut untuk Lesen Kebangsaan.

Dalam kenyataan ringkas di laman rasmi Malaysia Football League (MFL), Jawatankuasa itu turut menolak rayuan yang dikemukakan Melaka United FC (MUFC).

Menurut kenyataan sama, kedua – dua kelab telahpun dimaklumkan keputusan tersebut secara rasmi pada hari ini oleh Mohamad Yasin Abdullah.
Dengan keputusan ini, Sarawak United dan juga Melaka United sah tidak layak untuk beraksi dalam Liga Super 2023 kerana kriteria induk untuk membolehkan sesebuah kelab beraksi di Liga Malaysia adalah keperluan mendapatkan Lesen Kebangsaan.
“AB telah mempertimbangkan rayuan MUFC dan SUFC berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2022 pada 12 Oktober 2022 selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2022.” kata kenyataan rasmi di laman MFL itu tadi.
Anda boleh baca kenyataan tersebut di laman rasmi MFL.