LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab Liga Super Sarawak united telah mengesahkan mereka telah mengikat pemain Ivory Coast, Francis Kone.

Ini sekaligus mengesahkan kemasukan pemain tersebut ke pasukan tersebut seperti yang diura – urakan sebelum ini.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Francis yang merupakan penyerang pasukan Negeri Sembilan musim lepas, mempunyai rekod jaringan yang agak memberangsangkan dengan pemain kebangsaan Togo itu dilihat mampu berganding baik bersama Uche Agba yang merupakan penyerang terbilang pasukan Sarawak United.

>> BAJU POLO SARAWAK UNITED

Biarpun berumur 31 tahun, Francis dilihat sebagai pemain yang amat berbahaya sebagai penyerang dengan pemain berketinggian 1.89cm itu sukar dikawal ketika bola dimainkan di udara.

Kemasukan beliau ke pasukan Sarawak United oleh itu dijangka akan memperkuatkan lagi jentera serangan kelab tersebut pada musim akan datang.

Sarawak United telah mengesahkan kemasukan Francis dengan mengumumkan penyertaan beliau ke kelab itu baru baru ini.