Home Malaysian football Sarawak United buka musim Liga M3 di tempat lawan

Sarawak United buka musim Liga M3 di tempat lawan

Kelab Liga M3, Sarawak United FC akan membuka musim pertama kelab tersebut di Liga M3 dengan berkunjung ke tempat lawan.

Dalam perkongsian oleh Amateur Football League (AFL), kelab milik Posa Majais itu dijadualkan bertemu HARINI SELANGOR FT di Stadium UPM untuk perlawanan pembukaan mereka pada 4 Mac kelak, degan perlawanan tersebut dijadualkan bermula pada 8.45 malam.

Kelab itu kemudian akan berkunjung ke Pulau Pinang bagi bertemu Bukit Tambun FC, dengan perlawanan dijadualkan bermula pada 4.45PM.

Kelab dengan gelaran Kenyalang Emas itu kemudiannya akan balik ke Kuching, dan menanti kunjungan Malaysia University di Stadium Negeri, Kuching. Perlawanan ini dijadualkan pada 4.15PM.

Sarawak united akan mengharungi musim pertamanya di Liga M3 pada musim hadapan selepas kelab yang pernah dibimbing E. Elavarasan itu gagal mendapatkan lesen bola sepak kebangsaan untuk meneruskan perjuangan di Liga Super.

Dengan status pasukan bertaraf Liga Super, Sarawak United dijangka akan berupaya memberi saingan positif dalam Liga M3, dan seterusnya boleh kembali ke Liga Super dalam masa terdekat.

Anda boleh melihat jadual penuh semua perlawanan Liga M3 melalui Aplikasi Vivify

RECOMENDED LINKS: